Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya, saya merupakan seorang pelajar IB yang sedang menjalankan middle year projek..Oleh itu, saya telah memilih untuk membuat sebuah blog sebagai saya punya produk akhir untuk dipersembahkan kepada umum...saya menggunakan global context Identities and relationships...
(untuk mengetahui lebih lanjut tentang IB projek boleh rujuk link dibawah)
https://www.ibo.org/
Saya telah memilih untuk membuat kajian sejarah kasut bola dari Teknologi reka bentuk, Fungsi, Jenama dan Cara pemilihan kasut yang betul....Tujuan saya membuat kajian tersebut adalah kerana minat mendalam dalam dunia bola sepak dan kasut bola merupakan keperluan yang paling penting untuk permulaan perjalan atau kerjaya bola sepak seseorang pemain itu...saya ingin maklumat-maklumat atau pun fakta-fakta menarik dari hasil kajian ini...sebelum kajian ini,saya seorang pemain bola yang tidak mengenali erti kepentingan, asal usul, reka bentuk untuk kasut bola yang merupakan kepentingan dan keperluan wajib yang diperlukan ketika bermain bola...
SEJARAH KASUT BOLA
- Sepasang kasut but telah dicipta untuk King Henry VII of England pada tahun 1526 namun permainan bola sepak tidak popular pada era itu..
- Pada tahun 1800-an ketika perkembangan bola sepak di dunia...Kebanyakkan orang memakai but kerja mereka untuk bermain yang tidak direka untuk berlari atau menendang bola...Selepas itu, mereka meletakkan besi berbentuk kancing atau pun stuk di bawah kasut untuk menambahkan cengkaman kasut pada permukaan padang bola sepak ketika bermain...Namun ia akan membuatkan kasut tersebut menjadi berat ia dianggarkan lebih kurang setengah kilo dan akan bertambah berat apabila basah....( contoh kasut bola pada era itu)
-Pada tahun 1900 hingga 1940, industri atau produk pembuatan kasut bola tidak berkembang pesat oleh kerana WWII( Peperangan dunia kedua).....Oleh kerana itu, tiada perubahan yang berlaku kepada reka bentuk kasut bola sepak pada tahun itu dengan tahun 1800..Namun, VALSP0T dan GOLA (dikenali sebagai bozeat) menjadi terkenal pada era itu..
⇙
-Ketika tahun 1940-1960 setelah tamat perang dunia II, industri pembuatan kasut telah berubah secara drastik, ia mencipta kasut yang lebih ringan dan fleksibel..Pada tahun itu, satu kajian telah dibuat dan hasil kajian mendapati semakin ringan but bola sepak dan semakin luas permukaan kasut itu membuatkan kasut tersebut menjadi lebih fleksibel..
-Pada tahun 1970 ialah tahun pertama yang mengeluarkan kasut bola sepak berwarna putih membuat kan kasut itu unik, ia kerana sebelum tahun tersebut kasut bola hanya berwarna hitam seperti tahun 1800 hingga 1960..
- Tahun 1980-an kasut bola seperti copa mundial dan puma king semakin popular di pakai dalam kalangan pemain, ia kerana bahan buatan kasut bola itu yang menggunakan struktur kulit dan membuatkan kasut itu lebih selesa serta meningkatkan kualiti kasut tersebut..
-Tahun 1990-an kasut bola sepak predator {ADIDAS} menjadi kasut paling famous dan dikenali oleh kerana sebilangan besar pemain terkemuka dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane dan Steven Gerraed...Nike juga memberi saingan besar kepada Adidas pada tahun itu pada mengeluarkan Nike tempo yang dipakai oleh pemain bola sepak dalam kejohan piala dunia 1994..
- Era 2000, semakin banyak kasut bola sepak yang direka menggunakan pelbagai warna , struktur kasut bola yang berbeza yang dapat menarik minat pemain-pemain dan juga peminat bola sepak di dunia